Isu hangat yang diperkatakan oleh media berbahasa Melayu hari ini (Selasa) banyak mengenai wabak Influenza H1N1 atau lebih dikenali juga sebagai Selsema Babi.
Akhbar Sinar Harian (Selangor/KL) muka hadapannya menyatakan H1N1: " Melayu catat peratusan tertinggi di Selangor " begitu juga akhbar lain turut memuatkan berita itu.
Nampaknya isu wabak itu terus menghantui penduduk negara kita tidak kira yang tinggal di Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak kematian juga sudah mencecah 64 orang semasa blog ini ditulis hari ini.
Nampaknya semua pihak masih nampak tenang dalam cemas, manakala Kementerian Kesihatan masih bertungkus lumus memantau di seluruh negara dan dalam pada itu kedengaran bising sana sini suara parti pembangkang bercakap mengenainya.
Tidak kurang ada yang menuding jari kerajaan lambat menanganinya, tidak menunjukkan setiap kes kematian kepada umum begitu juga pihak media massa tidak menunjukkan kedudukan yang sama.
Orang juga tidak kurang berbual mengenai cerita yang sama di kedai-kedai kopi di seluruh negara kenapa tidak ditunjukkan tempat kejadian, tempat kematian kes H1N1 apakah di sebalik tersurat itu ada yang tersirat dan belum boleh diumumkan.
Ada kalangan orang awam yang berpendapat, jika masih kerajaan berahsia dikhuatiri diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan menjadikannya isu panas dan mengganggu ketenteraman negara termasuk perhimpunan yang tidak dibenarkan.
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
